Selamat Datang Ke Blog SK Penggu

Monday 24 October 2016

Taklimat Kepada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Band 2,3 dan 4
Peringkat Negeri Kelantan Anjuran Sektor Jaminan Kualiti
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan





Wednesday 19 October 2016

Aktiviti Brass Band SK Penggu 18 Oktober 2016


   Pasukan Brass Band mendapat jemputan membuat persembahan di SK Chenderong Batu sempena sukan tahunan.
          

 
Khidmat masyarakat oleh pasukan Brass Band bersama anak-anak kelainan upaya di Pengkalan Chepa.         

Tuesday 4 October 2016

           LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH KEBANGSAAN PENGGU


Tuesday 17 May 2016

                                               Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016








Wednesday 13 April 2016

   Pemantauan Kantin Peringkat Negeri Kelantan









                        Majlis Pelancaran Tutor Muda Peringkat PPD Pasir Mas 2016
                                             dirasmikan oleh 
                                 Tuan Haji Termizi bin Haji Musa
                          Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas






                              

Monday 29 February 2016


Mesyuarat Agung PIBG SK Penggu 
Kali Ke 36

Kumpulan Brassband sekolah menyambut kedatangan dif-dif jemputan sempena Mesyuarat Agung PIBG

Perutusan Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penggu
Perutusan Hj.Husain Awang
Tuan Yang Dipertua PIBG
Perutusan dan Perasmian
Yang Berbahagia Dato' Hj Amran bin Mat
Penolong Pesuruhjaya RELA ( Bersekutu )
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dimulakan

Tuesday 16 February 2016


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2016

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Tn.Hj. Mohd Fadhil bin Ibrahim

Ucapan perasmian oleh Inspektor Ahmad Sahiful bin Bolot




Barisan Pengawas Sekolah

 

Penyampaian Watikah Pelantikan


Bacaan ikrar 




Thursday 11 February 2016

Sejarah Sekolah





SEJARAH RINGKAS PENGASAS SEKOLAH
Nama Pengasas Haji Yaakub bin Ismail
Haji Yaakub bin Ismail dilahirkan pada tahun 1923 di Bunut Susu, Pasir Mas,Kelantan. Dengan kelulusan sekolah pondok,beliau pernah menjadi salah seorang guru kelas dewasa pada ketika itu. Beliau amat berminat dalam perkhidmatan masyarakat dan juga merupakan AJK UMNO,Cawangan Kampung Bechah Semak.
Pada tahun 1949, beliau telas mengasas sebuah sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Penggu. Beliau juga telah menjadi guru besar SK Penggu yang pertama dan berkhidmat dari tahun 1955 sehingga 31.12.1962.
Beliau telah dikurniakan 7 orang anak dan meninggal dunia pada tanggal 15.01.1982. Jasa dan sumbangan beliau kepada masyrakat setempat tetap dikenang

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini diberi nama bersempena dengan nama sepohon kayu bernama pohon penggu. Pada asalnya sekolah ini dibina pada tahun 1950 oleh Allahyarham Tuan Haji Yaakob bin Ismail. 

Pada permulaannya, sekolah ini tiada tempat khas hanya menumpang di sebuah madrasah di Kampung Bechah Semak. Guru-guru yang mengajar di sini dibayar gaji dengan beras, padi zakat dan wang ehsan orang ramai. Hasil muafakat orang ramai, Sekolah Rakyat Penggu yang pertama dapat didirikan di Kampung Bechah Semak.
Bangunan sekolah didirikan dengan menggunakan batang nibung, buluh dan beratap rumbia diatas sebuah tanah di lot 790 yang diberi pinjam oleh tuan tanah yang akhirnya dibeli oleh pihak sekolah.
Pada tahun 1962, Sekolah Rakyat Penggu diambil alih oleh Kementerian Pelajaran / Pendidikan berserta dengan guru - gurunya dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Penggu. 

Sekolah Kebangsaan Penggu juga telah bertukar wajah daripada bangunan yang beratap rumbia kepada bangunan berdinding batu setingkat yang dihadiahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Negeri Kelantan. Guru besar pada ketika itu ialah Tuan Haji Mahmood bin Haji Idris.



Staf Akademik




Visi dan Misi